Thursday 13 July 2017

Dating an Italiano - Antara Meneman Dan Memikat

ANTARA MENEMAN DAN MEMIKAT

Boleh tak aku nak cerita pasal tuan rumah Italy aku? Biarlah aku namakan dia Anggerik (bukan nama sebenar).

Anggerik ni umur 30-an. Muka sentiasa senyum. Duduk sorang-sorang. Gambar WhatsApp dia gambar mandi air terjun. Gambar dekat website pula gambar cycling. Dia ni superhost yang enjoy being close to nature. Nama pun da Superhost. Review dia semua power. Kalau kau duduk dengan Superhost sila behave. Kalau dia bad review kau, takde maknanya kau boleh kata itu fitnah. Takde sape nak percaya kau.

Masa hari aku sampai, ada lelaki buka kan pintu. Ceh, aku tak kisah pun. Rumah dia, suka hati dia la kan. Mungkin guest bilik lagi satu sebab dia ada 3 bilik. Pastu, dia kenalkan. Tu kawan dia rupanya. Masa tu ada pasar pagi kat Lorong depan rumah dia. Ala, macam pasar malam perumahan kita la. Memang buka gerai beramai beramai disepanjang Lorong perumahan. Jual sayur , ikan, buah, baju, bunga. Lelaki tu sambung masak kat dapur. Siap potong buah tembikai sebagai desert okay. Aku kagum. First sebab dia lelaki. Kedua sebab dia memasak untuk Anggerik. Aku tak join makan la. Tibajah aku nak kacau orang dating kan. Eh.

Pada suatu hari Anggerik balik lambat. Pukul 11 malam tak sampai rumah lagi. Pergi mana dia ni? Pergi clubbing ke? Tapi selalunya omputih yang suka hutan tak suka pergi tempat bising. Rumah dia pun senyap je okay. Tv pun takde. Aku nak mesin baju atas 10 malam pun segan. Aku pun risau. Tibe, macam aku pulak host. Tapi dalam kerisauan aku, aku tidur je. Hello, subuh 2 pagi dan habis 5 pagi. Aku kena bangun awal.

Esoknya masa aku masak Nasi Goreng, tiba -tiba Anggerik datang. Dia menjelaskan pada aku kenapa dia balik lambat semalam. Chill Anggerik. Aku bukan seorang mak yang menuntut penjelasan anak balik lambat. Tapi kalau nak story boleh je. Sambil-sambil makan Nasi Goreng aku dengar.

Dia cakap, semalam dia pergi dating. Dan dia rasa sangat gembira. Anggerik da putus cinta berbulan-bulan. So dia start rasa lonely. Bila lelaki ni nak mencuba nasib, dia layan kan aje. Aku tanya lelaki hari tu ke? Tak, lelaki lain. Hebat kau Anggerik. Kat Kuantan jejaka-jejaka berebut nak gadis bawah 30-an je. Tak caya? Pi baca profile lelaki mencari jodoh. Kalau boleh nak bawah 30 okay. Bawah 27 is even better. Ceh.

Pastu aku tanyala. Dating kat sini orang buat apa. Dia tanya aku balik. Kah! Aku jawab, tengok wayang. Pergi makan. Dia kata, oh sini sama. Buat satu activiti dan makan. Cuma, Cuma, Cuma….. ini kelainannya:

Dia cakap mamat tu bawak dia swim kat tasik. Dia sangat suka. Dia kan suka being close to nature. Pastu, mamat tu masak dinner untuk dia. Amboi, betul-betul berusaha mamat tu.  Tentative dating digarap dengan baik sekali. Mengambil kira apa kesukaan Anggerik, melayan Anggerik macam puteri. Kat sini biasa aku dengar awek je masak untuk pakwe hehehe. Kalau tengok wayang dah ada guideline siap-siap. Yg laki nak nengok cerita action je manjang. Yg pempuan tanak tgk cerita hantu. Aku la tu .

Aku rasa omputih sangat mengambil berat upacara memikat. patut la nak propose kena buat aksi yang perempuan suka. Bukan sekadar tanya je, jom kahwin? Nak tak kahwin dengan saya?

Berbeza dengan Melayu. Kita punya upacara jom kahwin melibatkan mak ayah yang tanyakan. Atau pun pantunkan. Manja pulak rasa. Maka memikirlah 7 hari 7 malam ayah kita tu nak pantun gapo. Masa aku kawen lagi la. Import pacik dari Terengganu ok jadi tukang sambut pantun. Tapi takde pantun la. Mende diorg cakap aku tatau. Halo, aku kena duduk bilik ok ?

Pastu Anggerik kata, Dia lambat sampai rumah sebab tasik tu jauh. Anggerik kata, dia rasa connected dgn mamat ni. Ada so much passion. Dengan pakwe lama dia takde passion sangat. Aku pun pelik, apa passion-passion ni ? apa yang trigger passion ni ?

Sedar tak kita yg parents kita akan tolong sampai takat meminang tu je. Dah halal, pandai-pandai kau la nak pikat each other. Lagi lagi yg jenis bercinta selepas kahwin ni. Alah yg bercinta sebelum kahwin pun tak terlepas okay. Tapi malangnya lepas kahwin kebanyakan kita lebih pada proses meneman dari memikat. kata teman hidup.

Kalau posisi memikat, kau kena lah buat apa yg orang tu suka. Kalau posisi meneman, orang tu teman lah kau buat apa kau suka. Betul tak? Anggerik sangat terpikat kat orang tu sebab org tu buat apa yg dia suka. Itu pasal passion triggered. Pakwe lama dia mungkin dah masuk zone meneman. Sampai terlupa memikat. itu passion boleh fade away.

Dia kata, kalau lelaki buat baik dengan perempuan sebab nak heret ke katil je tu tak bagus . hahaha. Ok dalam movie selalu tunjuk upacara dating yg cemerlang bagi omputih akan berakhir dengan masuk bilik. Salah. Padan muka. Reality, idok la begitu. Ataupun, benda tu tak applicable untuk semua omputih.

Setelah habis nasi goreng aku sepinggan, aku pun masuk bilik aku dan dia masuk bilik dia. Dah tu, takkan Anggerik masuk bilik aku? Choi. Kantoi bersepah barang MabukShopper dalam bilik.

Bila kali terakhir anda memikat pasangan yang dah banyak meneman anda?



Tuesday 14 March 2017

Hai WakAzmi & Salmiah Alwi,

I create this blog for us. ❤

Semoga Pasukan Gigeh terus maju menakluk dunia. Wah gitu!

Muliana,
The Pasukan Gigeh